Cara Kurangkan Protein Dalam Air Kencing Secara Semulajadi

14 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online, Hello jumpa lagi di blog masakanbundo.com,Kali ini saya ingin berbagi resipi – Cara Kurangkan Protein Dalam Air Kencing Secara Semulajadi – Resepi Masakan 2017,resepi masakan ayam,resepi masakan kampung,resepi masakan ikan,resepi masakan sotong,resepi masakan daging,resepi masakan melayu,resepi masakan udang,resepi masakan telur,resepi masakan ikan kembung

Jika terdapat sedikit protein dalam air kencing, ia adalah suatu yang normal. Namun, jika protein didapati secara berlebihan di dalam air kencing, ia dikenali sebagai proteinuria (protein dalam urin) dan ini selalunya tanda awal kepada penyakit buah pinggang.

Tugas utama buah pinggang adalah untuk menapis darah. Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan benda penting yang badan perlukan dalam darah, contohnya protein. Ia juga akan menyingkirkan benda yang badan tidak perlukan seperti bahan buangan dan lebihan air. Jadi, apabila adanya protein dalam air kencing, itu tandanya telah berlaku kerosakan pada buah pinggang yang menyebabkan ia tidak berfungsi dengan betul.

Walaubagaimanapun, ada juga kes protein dalam air kencing disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Perubahan dalam diet seharian antara cara terbaik untuk mengurangkan protein dalam air kencing dan seterusnya mencegah kerosakan lebih teruk pada buah pinggang dan komplikasi penyakit yang lain.

Punca Terjadi Protein Dalam Air Kencing

Ramai orang mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah protein dalam air kencing kerana ia selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, untuk ada sesetengah orang akan alami air kencing berbuih dan keruh serta edema (bengkak air). Cara untuk mengesan masalah proteinuria ini hanyalah melalui ujian air kencing.

Golongan berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini adalah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang seterusnya membawa kepada masalah protein dalam air kencing.

Punca-punca lain yang menyebabkan protein bocor ke dalam air kencing termasuk:

  • ubatan : sesetengah ubatan seperti NSAID
  • jangkitan : jangkitan air kencing, jangkitan buah pinggang
  • masalah buah pinggang : penyakit buah pinggang kronik, glomerulonephritis, nephrotic syndrome
  • amyloidosis (penghasilan jumlah protein yang abnormal dalam badan)
  • gangguan sistem imun
  • trauma
  • toksin
  • pra-eklampsia
Ada juga keadaan yang menyebabkan peningkatan sementara protein dalam air kencing, tetapi ia bukanlah berkaitan dengan masalah buah pinggang. Ia termasuk:
  • dehidrasi
  • tekanan emosi
  • pendedahan kepada kesejukan melampau (ekstrem)
  • demam
  • senaman berat

Cara Kurangkan Protein Dalam Air Kencing

Proteinuria bukanlah suatu penyakit tertentu. Oleh itu, rawatannya bergantung kepada mengenal pasti punca sebenar kepada masalah tersebut. Jika puncanya disebabkan oleh penyakit buah pinggang, rawatan perubatan yang sesuai adalah penting. Penyakit buah pinggang kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Untuk kes protein dalam air kencing bersifat ringan atau sementara, biasanya tidak memerlukan rawatan. Bagi mereka yang mempunyai masalah protein dalam air kencing disebabkan oleh diabetes dan tekanan darah tinggi, adalah sangat penting untuk mengawal dan mendapatkan rawatan yang betul untuk penyakit mereka. Ini penting untuk mencegah kerosakan buah pinggang yang progresif yang seterusnya menyebabkan proteinuria.

Cara alternatif untuk mengurangkan protein dalam air kencing adalah melalui pendekatan pemakanan yang sihat. Antara yang boleh diamalkan:

1. Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan makanan rendah kandungan garam membantu mengurangkan paras protein dalam air kencing. Kajian menunjukkan diet dengan pengambilan garam yang terhad menyebabkan penurunan hampir 22% paras protein dalam air kencing. Pengurangan pengambilan garam dan juga mengurangkan tekanan darah, membantu dalam memperbaiki fungsi buah pinggang. Untuk pesakit darah tinggi, pengambilan diet rendah garam di samping ubat darah tinggi telah menunjukkan pengurangan sebanyak 77% paras protein dalam air kencing.

2. Amalkan protein soya

Walaupun individu yang mempunyai masalah protein dalam air kencing dinasihatkan untuk menghadkan atau mengelakkan pengambilan protein haiwan, tetapi penambahan protein soya dalam diet harian boleh bantu mengurangkan paras protein dalam air kencing. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Clinical Nutrition, didapati pengambilan protein soya yang mengandungi isoflavon mengurangkan paras protein dalam air kencing untuk pesakit predialisis. Selain itu, bacaaan serum kreatin, serum fosforus dan juga CRP menunjukkan pengurangan yang ketara. Jadi, dengan pengambilan protein soya yang berkualiti dapat bantu atasi masalah protein dalam air kencing anda.

3. Amalkan flaxseed

Pengambilan flaxseed dalam diet seharian boleh bantu mengurangkan paras protein dalam air kencing. Terdapat kajian yang menunjukkan ALA (alpha linolenic acid) dan lignan yang terkandung dalam flaxseed boleh bantu tingkatkan fungsi buah pinggang. Tambahan pula, pada orang yang mempunyai risiko proteinuria yang lebih tinggi, pengambilan flaxseed secara kerap membantu dalam melambatkan permulaannya.

4. Amalkan minyak ikan

Menurut beberapa kajian, kesan anti-keradangan dari asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam minyak ikan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan buah pinggang. Selain itu, minyak ikan juga didapati boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Jadi, pengambilan minyak ikan dalam diet harian boleh beri manfaat kepada mereka yang alami masalah protein dalam air kencing.

5. Kawal gula dalam darah

Adalah sangat penting untuk mengawal paras gula dalam darah jika anda mempunyai proteinuria. Tahap glukosa yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang dan seterusnya boleh membawa kepada peningkatan paras protein dalam urin. Anda perlu mengehadkan pengambilan gula dan karbohidrat halus kerana kedua-duanya meningkatkan kadar gula dalam darah. Sebaiknya fokus pada karbohidrat kaya serat, seperti biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Walaupun kaya dengan nutrien, sayur berkanji seperti kentang dan jagung juga dapat meningkatkan gula darah apabila dimakan lebih banyak. Jadi, pastikan pengambilan makanan ini dalam kawalan.

Polifenol Untuk Bantu Atasi Masalah Protein Dalam Air Kencing

Polifenol adalah mikronutrien yang terdapat dalam sesetengah makanan berasaskan tumbuhan. Ia merupakan antioksidan yang sangat berkuasa yang bertindak sebagai perisai untuk melindungi sel dari kerosakan radikal bebas. Jika badan kita tidak dapat cukup perlindungan, radikal bebas akan berleluasa dalam tubuh badan, menyebabkan sel badan jadi rosak dan tidak berfungsi dengan betul. Ini seterusnya boleh membawa kepada degradasi tisu dan meletakkan kita berisiko terhadap penyakit seperti penyakit jantung, kanser, Alzhemeir dan lain-lain lagi.

Beberapa kajian telah menunjukkan potensi polifenol dalam meningkatkan taraf kesihatan. Antaranya polifenol menyokong paras gula yang normal dalam darah serta menggalakkan tekanan darah yang normal. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan keradangan dan membantu memelihara sel DNA dan menyokong pembaikan, pembaharuan dan fungsi sel yang sihat. Jadi, polifenol ini juga boleh memberi manfaat kepada mereka yang alami masalah protein dalam air kencing.

Sumber makanan yang kaya dengan polifenol termasuk buah beri, ceri, delima, kekacang, teh hijau dan minyak zaitun. Polifenol juga ada terkandung di dalam Vivix. iaitu minuman botani gabungan anggur muscadine, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberry. Campuran unik 4 bahan ini membekalkan 16 jenis polifenol termasuk resveratrol yang bertindak mencukupkan keperluan nutrien sel badan dan seterusnya sel-sel badan boleh berfungsi dengan optimum.

Feedback Pengguna

Jika anda mengalami masalah protein dalam air kencing, jangan tangguh untuk mendapatkan rawatan. Ini mungkin petanda awal kerosakan buah pinggang. Jadi, jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat dan juga amalkan suplemen tertentu untuk cukupkan nutrisi dalam badan seterusnya menyokong dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.



Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat – Bandar Mahkota Cheras – Ampang – Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

Tags: #amalkan #bandar-mahkota #dalam-air #dna #masalah-protein #menurut #namun #pengambilan #pengurangan #polifenol #protein-dalam #selain