Pasta Alfredo

158 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online, Hello jumpa lagi di blog masakanbundo.com,Kali ini saya ingin berbagi resipi – Pasta Alfredo – Resepi Masakan 2017,resepi masakan ayam,resepi masakan kampung,resepi masakan ikan,resepi masakan sotong,resepi masakan daging,resepi masakan melayu,resepi masakan udang,resepi masakan telur,resepi masakan ikan kembung

Saya masak pasta ribbon sos Alfredo ni untuk berbuka puasa semalam . Pasta Alfedo ni memang favorite anak-anak saya , syukur alhamdulillah . Kalau resepi asal sos Alfredo tidak ada sayur brokoli dan cendawan tapi saya ubah suai ikut selera sendiri . Resepi yang saya share ni hanya lah panduan so resepi ni boleh dikurangkan bahan atau di tambah , boleh diubah suai ikut selera sendiri .

BAHAN-BAHAN :
Pasta ribbon secukupnya
2 cawan cooking cream
1 cawan susu full cream – dlm kotak
2 ketul dada ayam – dipotong kecil
200 gm cendawan butang putih
150 grm brokoli – potong kecil
2 cawan parutan keju parmesan
1/2 cawan mentega
1 sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
sedikit daun pasley segar yg diracik halus

*boleh ditambah keju untuk dapatkan rasa lebih lemak .

CARA MEMASAK :

– Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta ribbon serta 1 sudu besar minyak masak . Rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan pasta ini dan ke tepi kan dulu.

– Masukkan semua butter dengan minyak zaiton dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua bawang putih yg sudah diracik halus . Masukkan isi ayam yg sudah dipotong kecil dan kacau bahan-bahan ni sampai ayam masak . Masukkan sayur brokoli dan dikacau semua bahan , bila brokoli dah separuh masak masukkan cendawan butang yg sudah dipotong kecil dan kacau serta biarkan sampai cendawan layu .

-Perlahankan api dan masukkan susu serta keju parmesan dan kacau dengan laju supaya bahan-bahan sebati . Boleh dimasukkan garam dan serbuk black pepper secukup rasa . Jika sos terlalu pekat boleh ditambah lagi sedikit susu . Masukkan pasta ribbon dalam sos dan dikacau semua bahan sampai cukup rata . Masukkan daun pasley dan dikacau semua bahan . Rasa pasta jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan perasa .

– tutup api dapur . Elok di hidangkan pasta ni semasa masih panas , boleh ditabur serbuk keju parmesan bila nak makan .

Tags: #alfedo #alfredo #bahan #boleh #boleh-ditambah #cendawan-butang #dikacau-semua #memasak #pasta #pasta-alfedo #rebus